Syarat Pembiayaan

/ / Uncategorized

Syarat-syarat kelayakan:

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,300 sebulan atau pendapatan perkapita RM460 sebulan.
  • Aset tidak melebihi RM50,000.00
  • Taraf residensi melebihi 2 tahun di lokaliti kediaman atau lokaliti perniagaan.

Syarat-syarat pembiayaan:

  • Tanpa cagaran dan penjamin
  • Membentuk kumpulan dengan 5 orang ahli yang dipercayai dan menjalani latihan asas pembiayaan selama 5 hari (1 hari 1½ jam).
  • Menubuhkan pusat.
  • Menghadiri Mesyuarat Pusat Setiap Minggu.
  • Menyumbang 1% daripada pembiayaan ke dalam Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat (TKKS).
  • Menabung dalam Tabung Kumpulan setiap minggu.
  • Mencarum balik secara mingguan
  • Mencarum dalam Tabung Khairat Hutang (TKH).
  • Caj pembiayaan 10% setahun atau 5% untuk tempoh 6 bulan atau kadar yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

 Prosedur Keahlian

1. Permohon, setelah disahkan layak menyertai AIM, perlu menubuhkan kumpulan yang terdiri daripada 5 orang sejantina yang tiada tali persaudaraan rapat, saling percaya mempercayai di antara satu sama lain dan bertanggungjawab.

2. Kesemua ahli secara berkumpulan perlu mengikuti Proses Penuruan Kuasa (PPK) iaitu satu kursus wajib jangka pendek selama 5 hari, 1 setengah jam sehari. PPK bertujuan memberi kefahaman tentang peraturan dan syarat AIM.

3. Setelah lulus dalam Ujian Pengiktiarafan Kumpulan iaitu satu ujian ringkas yang dijalankan di akhir proses PPK, semua ahli kumpulan perlu menyertai Pusat iaitu gabungan antara 2 hingga 10 kumpulan. Ahli Pusat atau lebih dikenali sebagai Sahabat akan bermesyuarat setiap minggu. Mesyuarat Pusat diadakan di tempat awam seperti dibalai raya, surau atau balai yang dibina sendiri. Semua urus niaga AIM seperti permohonan, penyerahan modal pembiayaan, bayar balik serta kutipan simpanan wajib dan TKKS diadakan di Mesyurat Pusat.