Syarat Kelayakan

/ / Uncategorized

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN UNTUK MENJADI SAHABAT AIM

  1. Taraf Kewarganegaraan
    Warganegara Malaysia yang mempunyai Kad Pengenalan (MyKAD) yang berumur 18 tahun ke atas.
  1. Had Kelayakan Pendapatan
    Had kelayakan pendapatan isi rumah bagi menyertai AIM ialah RM3,050 dan per kapita ialah RM610.
  1. Had Nilai Pemilikan Aset
    Had nilaian pemilikan aset mestilah tidak melebihi nilaian berikut:

    1. Tanah bergeran di atas nama KIR atau bakal Sahabat dengan keluasan tidak lebih dari tiga (3) ekar. 
    2. Pemilik rumah sendiri dengan anggaran nilai tidak lebih RM200,000. 
    3. Pemilik kenderaan dengan anggaran nilai semasa sebuah kenderaan tidak melebihi RM50,000.

SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN

  1. Tanpa cagaran dan penjamin
  2. Membentuk kumpulan dengan 5 orang ahli yang dipercayai dan menjalani latihan asas pembiayaan selama 5 hari (1 hari 1½ jam).
  3. Menubuhkan pusat.
  4. Menghadiri Mesyuarat Pusat setiap minggu.
  5. Menyumbang 1% daripada pembiayaan ke dalam Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat (TKKS).
  6. Menabung dalam Tabung Kumpulan setiap minggu.
  7. Membayar balik secara mingguan.
  8. Mencarum dalam Tabung Khairat Hutang (TKH).
  9. Caj pembiayaan 10% setahun atau 5% untuk tempoh 6 bulan atau kadar yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

PROSEDUR KEAHLIAN

  1. Pemohon, setelah disahkan layak menyertai AIM, perlu menubuhkan kumpulan yang terdiri daripada 5 orang sejantina yang tiada tali persaudaraan rapat, saling percaya mempercayai di antara satu sama lain dan bertanggungjawab.
  2. Kesemua ahli secara berkumpulan perlu mengikuti Proses Penurunan Kuasa (PPK) iaitu satu kursus wajib jangka pendek selama 5 hari, 1 setengah jam sehari. PPK bertujuan memberi kefahaman tentang peraturan dan syarat-syarat AIM.
  3. Setelah lulus dalam Ujian Pengiktirafan Kumpulan iaitu satu ujian ringkas yang dijalankan di akhir proses PPK, semua ahli kumpulan perlu menyertai Pusat iaitu gabungan antara 2 hingga 10 kumpulan. Ahli Pusat atau lebih dikenali sebagai Sahabat akan bermesyuarat setiap minggu. Mesyuarat Pusat diadakan di tempat awam seperti di balai raya, surau atau balai yang dibina sendiri. Semua urus niaga AIM seperti permohonan, penyerahan modal pembiayaan, bayar balik serta kutipan simpanan wajib dan TKKS diadakan di Mesyuarat Pusat.