Polisi Whistleblowing

/ / Polisi
Pemberian Maklumat (Whistleblowing)
AIM meletakkan nilai yang tinggi ke atas tahap kepercayaan dan integriti yang dimiliki oleh seluruh kakitangan, para sahabat, pembekal, penjual, kontaktor dan vendor yang berada di dalam Ecosistem-nya.   

AIM komited dalam memastikan pihak berkepentingan boleh membangkitkan hal berkenaan sebarang perlakuan salah atau penyelewengan yang disedari di dalam AIM pada peringkat awal tanpa kebimbangan kepada tindakan balas, serta mendapatkan penyiasatan rapi ke atas hal tersebut.

Kerahsiaan dan Perlindungan Pemberi Maklumat
Identiti pemberi maklumat akan dilindungi dan dirahsiakan kecuali jika diperlukan oleh undang undang atau untuk tujuan sebarang prosiding. Identiti dan maklumat peribadi pemberi maklumat mungkin didedahkan kepada individu-individu yang terlibat di dalam siasatan tetapi tertakluk kepada persetujuan pemberi maklumat.

Bertindak Ikhlas
AIM akan memberi perlindungan daripada tindak balas kepada pemberi maklumat jika pendedahan dilakukan dengan ikhlas, maklumat yang diberi benar dan pendedahan tidak dilakukan untuk keuntungan atau kepentingan peribadi. AIM memandang serius sebarang pendakwaan palsu, berniat jahat, atau berunsur fitnah di mana tindakan sewajarnya mungkin diambil.

Jenis-jenis Salah Laku
Pemberi maklumat boleh melaporkan sebarang aduan atau salah laku yang termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
•    Kejadian penipuan, rasuah atau sogokan
•    Perlakuan atau aktiviti yang melanggar sebarang undang-undang atau kewajipan kawal selia
•    Melanggar polisi, amalan, prosedur atau peraturan perlakuan AIM
•    Kesalahan dalam hal-hal laporan kewangan
•    Penyalahgunaan maklumat AIM
•    Pencurian inventori atau aset
•    Sebarang tindakan percanggahan kepentingan dengan pembekal, penjual atau kontraktor
•    Sebarang kesalahan yang memudaratkan di mana sifat perlakuan itu bertentangan dengan kepentingan AIM

Jawatankuasa Whistleblowing (JKW)
Kesemua aduan whistleblowing yang dihantar oleh pemberi maklumat adalah TERUS DITERIMA oleh Jawatankuasa Whistleblowing (JKW) yang terdiri daripada Pengerusi Lembaga Amanah Ikhtiar Malaysia, Pengerusi dan Ahli JKA.

Walaubagaimanapun, pemberi maklumat boleh memilih untuk menghantar aduan mereka kepada ahli JKW melalui e-mel individu berikut:

 
  Nama E-mel
1 Dr. Zubir Harun drzubirharun@gmail.com
2 Datuk Dr. A. Manaf Hussin a.manaf@sahabatikhtiar.com.my
3 En. Muhammad Idris mbi@epu.gov.my

Maklumat yang diperlukan

Pemberi maklumat perlu memberikan maklumat lengkap dan jelas seperti yang dikehendaki di borang e-whistleblowing.
  1. Keterangan salah laku, penyelewengan, ketidakteraturan, penipuan atau yang berkaitan;
  2. Bagaimana ia dilakukan atau terjadi, gambaran atau keadaan insiden;
  3. Nama kakitangan yang terlibat;
  4. Masa, tempat, tarikh kejadian;
  5. Nama saksi;
  6. Dokumentasi dan rekod yang terlibat.
Nama dan nombor untuk dihubungi pemberi maklumat adalah perlu bagi tujuan keterangan dan rujukan siasatan.  Walau bagaimanapun, Pemberi maklumat boleh memilih untuk tidak mendedahkan identiti dirinya (anonymous complaints), namun begitu JKW berhak untuk tidak menyiasat dan mengambil tindakan di atas aduan dari pemberi maklumat yang tidak memberi informasi dan rujukan yang lengkap.  

Saluran Pemberian Maklumat
Berikut adalah saluran pemberian maklumat yang boleh digunakan:
•    Isi e-whistleblowing yang disediakan di website AIM; atau
•    Emel kepada whistleblowing@aim.gov.my;  atau
•    Hotline: +603-6274 8827 (JAD);  atau
•    Tulis kepada;
Jawatankuasa Whistleblowing,
Menara Amanah Ikhtiar
No , Jalan Cempaka SD 12/1A
Bandar Sri Damansara, PJU 9
52200 Kuala Lumpur

Aduan melalui emel, faks atau surat perlu mengandungi nama, nombor untuk dihubungi, butiran individu yang terlibat, tarikh, masa, dan tempat bersama gambaran dan keadaan insiden.