20. Apakah yang dimaksudkan dengan Mesyuarat Pusat Mingguan?

/ / Soalan Lazim

Mesyuarat Pusat adalah gabungan antara 2 hingga 10 kumpulan. Semua sahabat AIM akan bermesyuarat setiap minggu. Mesyuarat ini diadakan di mana-mana tempat awam seperti balai raya, rumah ibadat atau balai yang dibina sendiri. Semua urus niaga AIM seperti permohonan modal, penyerahan modal, bayaran balik dan
kutipan simpanan dilaksanakan di mesyuarat ini.