I-Wibawa

Pengenalan

Skim Pembiayaan Ikhtiar Rezeki Wibawa (I-Wibawa) merupakan satu skim pembiayaan yang ditawarkan kepada Sahabat yang sedang mengambil pembiayaan I-Mesra atau I-Srikandi. Skim ini diperkenalkan untuk memberi pinjaman yang mudah kepada Sahabat yang memerlukan tambahan modal untuk menjalankan projek secara bermusim atau peluang yang datang dalam tempoh masa yang singkat.

Maklumat Pembiayaan

  • Had maksima pembiayaan ialah RM5,000.
  • Tempoh bayar balik maksima adalah sehingga 6 bulan.
  • Kaedah bayar balik sama ada mingguan, bulanan atau sekaligus.
  • Caj pengurusan 10% setahun atau 5% bagi tempoh bayar balik selama 6 bulan.

Syarat-syarat Khusus I-Wibawa

  • Sahabat boleh mendapat pembiayaann I-Wibawa apabila Sahabat memperolehi peluang projek ekonomi/perniagaan dalam tempoh jangkamasa singkat dan memerlukan sumber kewangan sekaligus dan cepat. Contoh : Perniagaan di musim perayaan atau kontrak/tender dari pihak Kerajaan /swasta yang terjamin bayaran baliknya.
  • Sahabat yang sedang membuat pembiayaan ekonomi (I-Mesra atau I-Srikandi atau I-Wawasan) dan sedang membuat bayaran balik mengikut jadual dengan sempurna.
  • Sahabat yang sedang membuat I-Mesra kali pertama (di kalangan Sahabat baru) hendaklah sekurang-kurangnya telah membuat bayaran balik dalam tempoh 25 minggu dengan sempurna.

Email : aduan@aim.gov.my
Talian Khidmat Pelanggan :
1 300 888 AIM (246)
Faks : 03 2095 1889
Borang Aduan

 

Amanah Ikhtiar Malaysia | Membantu Keluarga Miskin Berikhtiar Menambah Rezeki | Kesempurnaan Kualiti Kecemerlangan Organisasi

Kemaskini : 31 Mei 2010
© Hak Cipta Terpelihara Amanah Ikhtiar Malaysia