LATARBELAKANG
Dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan menangani kesan perubahan sistem pengurusan semasa yang lebih dinamik dan berdaya saing, AIM perlu mengambil langkah yang lebih strategik dan sistematik yang mampu mengangkat AIM ke peringkat global. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pengurusan bagi memastikan kualiti perkhidmatan AIM sentiasa memenuhi kehendak oleh pengurusan bagi memastikan kualiti dengan itu, AIM telah melancarkan satu misi penambahbaikan dengan membangunkan Sistem Pengurusan Kualiti bermula pada Januari 2006.
Kemuncak kepada pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti ini adalah pengiktirafan melalui Sijil MS ISO 9001:2000 oleh SIRIM. Pengiktirafan ini akan dapat membuktikan:
-
AIM mempunyai sistem kerja yang terancang berasaskan keperluan piawaian antarabangsa
-
AIM mempunyai sistem kerja dengan proses-proses yang didokumen, dilaksana dan dikawal.
-
AIM mempunyai proses untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan yang konsisten kualitinya dengan inisatif penambahbaikan yang berterusan.
OBJEKTIF PELAKSANAAN
Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti ini mempunyai objektif berikut:
-
Membina asas kecemerlangan dengan membentuk Sistem Pengurusan Kualiti yang memyeluruh berasaskan proses kerja yang memfokus kepada penambahbaikan berterusan demi memberikan kepuasan kepada pelanggan.
-
Meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan organisasi dengan mewujudkan Sistem Pengurusan Kualiti yang terancang dan berintegriti.
-
Mewujudkan piawai ukuran prestasi dan kualiti dengan membina sistem pemantauan dan penilaian bersepadu menggunakan teknologi terkini.
-
Meningkatkan imej AIM dalam memberikan perkhidmatan yang lebih memuaskan kepada pelanggan dan seterusnya mengekalkan status quo sebagai sebuah organisasi kewangan mikro yang memperkasakan golongan miskin.
SKOP PELAKSANAAN
Skop pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti AIM adalah meliputi proses kajian Potensi Jangkauan sehingga Kutipan Bayaran di cawangan-cawangan. Skop ini juga merangkumi proses sokongan yang dilaksanakan di ibupejabat dan pejabat wilayah.
DASAR KUALITI
Melalui kesepakatan barisan pengurusan, Dasar Kualiti telah diwujudkan pada awal tahun 2006. Penyataan Dasar Kualiti AIM adalah seperti berikut:
"Kami bertekad untuk memastikan AIM menjadi sebuah Institusi Kewangan Mikro terunggul dengan menyediakan perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan melalui penambahbaikan berterusan. Untuk mencapai hasrat ini, kami beriltizam menjadi satu pasukan professional dan berwibawa."
OBJEKTIF KUALITI
Objektif Kualiti AIM ialah:
- Menyediakan perkhidmatan yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai melalui konsep mesra pelanggan.
- Berterusan membangun sumber manusia yang berketrampilan dan menyediakan persekitaran kerja yang kondusif.
- Membentuk polisi pengurusan yang kos-efektif.
- Penambahbaikan tatacara dan Sistem Pengurusan Kualiti melalui penambahbaikan proses, sistem automasi, pembaharuan dan pembangunan teknologi terkini.
Ukuran Objektif Kualiti AIM adalah merujuk kepada Petunjuk Prestasi Utama (IPPU) dan penilaian akan dilakukan mengikut tempoh masa yang ditentukan atau secara tahunan
TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN BERSAMA
Bagi merealiasasikan hala tuju yang telah ditetapkan secara dalam usaha untuk menjayakan MS ISO 9001:2000, semua kakitangan bertanggungjawab dan berperanan untuk:
- Memahami maksud dan keperluan pensijilan MS ISO 9001:2000
- Memahami dan menghayati Dasar Kualiti, Objektif dan Skop Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti.
- Memahami dan memenuhi Prosedur Kualiti dan Indeks Petunjuk Prestasi Utama.
- Menyokong aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan MS ISO 9001:2000
DOKUMENTASI SISTEM PENGURUSAN KUALITI
Dokumen Kualiti yang disediakan adalah seperti berikut:
- Manual Kualiti
- Prosedur Kerja
- Arahan Kerja
- Rekod Kualiti
|