Selamat Datang ke Laman Web Rasmi AMANAH IKHTIAR MALAYSIA "Berikhtiar Menambah Rezeki" :: Kesempurnaan Kualiti Kecemerlangan Organisasi



PROGRAM KEWANGAN MIKRO BANDAR (PKMB)



PROGRAM KEWANGAN MIKRO BANDAR (PKMB)

JEJAK USAHAWAN



Profil Kejayaan Usahawan
IKHTIAR

KORPORAT
  • Bila dan mengapa AIM ditubuhkan?

    Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ialah sebuah badan Amanah Persendirian BERDAFTAR dengan Kementerian Kehakiman Malaysia yang ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui Suratcara Perjanjian AIM yang dianjurkan oleh Universiti Sains Malaysia, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM), Kerajaan Negeri Selangor dan Pusat Pembangunan Asia Pasifik.

    AIM ditubuhkan untuk mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui pengeluaran Pembiayaan Ikhtiar kepada isi rumah miskin di luar bandar untuk membiayai kegiatan-kegiatan yang menambahkan pendapatan.
    Sejarah AIM.

  • Berapakah jumlah cawangan AIM?

    AIM mempunyai lapan (8) wilayah dengan 68 cawangan di seluruh Malaysia.
    Cawangan AIM.

  • Di mana Ibu Pejabat AIM?

    IBU PEJABAT AMANAH IKHTIAR MALAYSIA
    No. 2 & 4, Plaza Damansara, Medan Setia 2, Bukit Damansara,50490 Kuala Lumpur
    Tel: 03-20940797 Faks: 03-20951889
    Peta Ibu Pejabat.

  • Mengapakah AIM berbeza daripada institusi kewangan yang lain?

    AIM berbeza daripada Institut Kewangan yang lain kerana AIM menawarkan pinjaman kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan semasa kerajaan dengan menyertai Sahabat AIM.
SAHABAT AIM
  • Siapakah yang boleh memohon?

    Isi rumah yang berpendapatan kurang daripada garis kemiskinan semasa kerajaan iaitu RM 661 sebulan (RM 152 perkapita) bagi Semenanjung Malaysia, RM 765 sebulan (RM 167 perkapita) bagi Sarawak dan RM 888 sebulan (RM 173 perkapita) bagi Sabah.
    Syarat-syarat kelayakan menjadi Sahabat AIM

  • Apakah manfaat menjadi Sahabat?

    Peluang membuat pinjaman dengan AIM bagi golongan yang berpendapatan rendah. Sahabat dapat menikmati peningkatan pendapatan isi rumah bulanan sekaligus dapat memperbaiki taraf hidup keluarga dengan menjalankan aktiviti ekonomi yang mendapat pulangan menguntungkan.

  • Berapakah jumlah bayaran minimum untuk menjadi Sahabat?

    Tiada sebarang bayaran dikenakan
PRODUK PEMBIAYAAN
  • Apakah produk pembiayaan yang ditawarkan?

    Terdapat empat (4) produk pembiayaan utama yang ditawarkan iaitu Ikhtiar Rezeki, Ikhtiar Bistari, Ikhtiar Sejahtera dan Ikhtiar Penyayang
    Produk Pembiayaan

  • Berapakah jumlah maksimum yang boleh dipohon?

    Jumlah maksimum yang boleh dipohon ialah sehingga RM50,000 bergantung kepada jenis produk

  • Berapakah kadar caj pengurusan yang ditetapkan?

    10% untuk semua jenis pinjaman.

  • Adakah penjamin diperlukan?

    Tiada penjamin diperlukan.

  • Berapakah tempoh bayaran balik?

    Maksimum sehingga lima (5) tahun bergantung kepada jenis produk.

  • Siapakah yang patut dihubungi untuk sebarang pertanyaan?

    Unit Komunikasi Korporat
    IBU PEJABAT AMANAH IKHTIAR MALAYSIA
    No. 2 & 4, Plaza Damansara, Medan Setia 2, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur
    Tel: 03-20940797 Faks: 03-20951889
    Talian Khidmat Pelanggan : 1 300 888 AIM (246)

BERITA TERKINI


SILA HUBUNGI TALIAN KHIDMAT PELANGGAN KAMI
1 300 888 AIM

BORANG ADUAN PELANGGAN
MUAT TURUN BORANG

SEBARANG ADUAN, MAKLUMBALAS ATAU CADANGAN SILA E-MEL PADA KAMI DI aduan@aim.gov.my

PENCAPAIAN TERKINI




PENCAPAIAN TERKINI AIM

 

Amanah Ikhtiar Malaysia | Membantu Keluarga Miskin Berikhtiar Menambah Rezeki | Kesempurnaan Kualiti Kecemerlangan Organisasi

Kemaskini : 29 Disember 2009
© Hak Cipta Terpelihara Amanah Ikhtiar Malaysia
Soalan Lazim (FAQ)


IBU PEJABAT AMANAH IKHTIAR MALAYSIA
No. 2 & 4, Plaza Damansara, Medan Setia 2, Bukit Damansara,50490 Kuala Lumpur
Tel: 03-20940797 Faks: 03-20951889