Tabung Kebajikan & Kesejahteraan Sahabat

/ / Perkhidmatan

PENGENALAN

Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat (TKKS) ditubuhkan pada Julai 2006 berdasarkan hasrat Sahabat-sahabat AIM melalui usul-usul dalam Mesyuarat Lembaga Perwakilan Sahabat. Penubuhan TKKS ini juga selari dengan tuntutan agama, nilai kemasyarakatan dan prinsip ikrar Sahabat AIM iaitu

membantu ahli kumpulan dan pusat apabila mereka dalam kesesakan.

OBJEKTIF

  • Meningkatkan semangat kerjasama di kalangan Sahabat.
  • Meringankan bebanan Sahabat dan waris apabila menghadapi musibah.
  • Mengurangkan masalah projek Sahabat yang tergendala akibat musibah.
  • Meningkatkan tahap kebajikan Sahabat.

PRINSIP

  • Sumbangan Sahabat dalam tabung ini atas dasar khairat dan kebajikan.
  • Keseluruhan sumbangan Sahabat adalah untuk menangani musibah dengan niat sedekah atau amal kebajikan.
  • Konsep ketelusan, jujur dan amanah dijadikan pegangan.

SUMBER DANA TABUNG

  • Sumbangan Sahabat: RM2 sebulan (kutipan RM12 pada bulan Januari dan RM12 pada bulan Julai)
  • Halal 1% daripada pembiayaan
  • Sumbangan tahunan AIM