AIM TERIMA PENGIKTIRAFAN ‘BEST ISLAMIC MICROFINANCE INSTITUTION’ KALI KE-4

 

 

Sumber berita          : En. Yaacob Omar
Disediakan oleh      : Mohamad Aizuddin Sabarudin

 

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) buat kali keempat berturut-turut telah menerima pengiktirafan ‘Best Islamic Microfinance Institution 2016’ pada majlis Global Islamic Finance Awards (GIFA) pada 29 September 2016 yang bertempat di Fairmont Hotel, Jakarta, Indonesia.

Majlis anjuran Edbiz Consulting yang berpangkalan di London ini merupakan platform untuk mengiktiraf pencapaian dan sumbangan individu serta institusi dalam industri perkhidmatan kewangan Islam.

Pengiktirafan kepada AIM telah disampaikan kepada Dato’ Dr. Zubir Harun, Pengerusi Eksekutif AIM. Delegasi AIM turut disertai oleh Datuk Dr. A. Manaf Hussin, Timbalan Pengerusi Lembaga AIM, Datuk Hj Yusuff HM Haniff dan Dato’ Haji Mohamad Shahaimi Othman selaku Ahli Lembaga AIM serta barisan pengurusan AIM.

Melalui pengiktirafan ini, ia membuktikan bahawa praktis AIM di dalam industri kewangan Islam bagi skop mikro merupakan model yang boleh diangkat dan dijadikan contoh di peringkat antarabangsa.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua warga kerja AIM di atas usaha dan komitmen cemerlang yang dipamerkan sehingga AIM berjaya memperoleh pengiktirafan global sebagai sebuah institusi kewangan mikro Islam terbaik buat kali keempat berturut-turut (2013 – 2016).