Majlis Pelancaran Produk Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia

                                                                                 

 

19 Mei 2016 – Satu majlis Pelancaran Produk Sahabat AIM telah diadakan di Menara Amanah Ikhtiar, Bandar Sri Damansara. Sebanyak dua produk telah dilancarkan iaitu Kopi Sahabat Collagen + keluaran syarikat Hanamas dan Rawatan Bekam oleh Berkat Bekam Legacy. Kedua-dua produk ini telah diasaskan oleh Sahabat AIM Cawangan Kepong iaitu Puan Fazlina Ishak bagi produk kopi dan Puan Siti Rawan bagi produk bekam.

 

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Dr. Zubir Harun, Pengerusi Eksekutif AIM. Turut hadir, Encik Yaacob Omar, Pengarah Perhubungan Korporat dan Kesejahteraan, Encik Faizal Noor Laiman, Ketua Pegawai Operasi Zon Tengah, Encik Rosli Abdul, Pengurus Wilayah Selangor/ KL Utara, dan Encik Adnan Hashim, Pengurus Cawangan Kepong.

 

Majlis juga turut menerima kunjungan daripada YB Hajah Halimaton Saadiah Bohan, ADUN Kota Damansara yang telah meluangkan masa hadir beramah mesra dengan Sahabat-sahabat AIM.

 

Sesi taklimat berkenaan rawatan bekam dan pembukaan kaunter-kaunter promosi juga turut diadakan untuk memberikan lebih pendedahan kepada tetamu yang hadir.

 

Majlis ini diharap dapat memberikan pendedahan secara langsung kepada Sahabat dalam aspek pengurusan program rasmi dan secara tidak langsung dapat membantu mempromosikan produk keluaran masing-masing ke peringkat yang lebih luas.

 

Teks: Aizuddin Sabaruddin       Gambar: Sidek Razak