Soalan LazimSoalan dan Jawapan

  • 1. Apakah matlamat penubuhan Amanah Ikhtiar? +

    J: Objektif penubuhan AIM adalah untuk mengurangkan kemiskinann di Malaysia
    melalui pembiayaan kecil-kecilan atau kredit mikro yang digunakan untuk membiayai
    kegiatan ekonomi yang boleh menambah pendapatan.

  • 2. Sejak bilakah AIM ditubuhkan? +

    AIM ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui Akta Amanah (1952). AIM diuruskan oleh Lembaga Pemegang Amanah yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan yang mewakili Kementerian Kewangan, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan beberapa individu yang dilantik atas dasar kapasiti peribadi.

  • 3. Apakah syarat-syarat menyertai AIM? +

    Pendapatan bulanan isi rumah hendaklah tidak melebihi RM 3,855 atau per kapita RM 838. Pemilikan aset tidak melebihi jumlah RM 50,000. Hanya golongan wanita yang boleh menyertai program ini. Menubuhkan kumpulan seramai 5 orang yang tinggal dalam kawasan yang sama tiada tali persaudaraan, saling percaya mempercayai dan bertanggungjawab. Mengikuti kursus jangka pendek selama 5 hari, 1 1/2 jam sehari.

  • 4. Bagaimana cara untuk saya mendaftar menjadi ahli AIM? +

    Kakitangan AIM akan mengunjungi rumah responden dan melaksanakan Ujian Kelayakan untuk menentukan kelayakan responden menyertai program ini. Bagi mereka yang berminat tetapi tidak dikunjungi Pegawai AIM, boleh berhubung dengan pejabat AIM yang berhampiran.

  • 5. Apakah panggilan kepada ahli AIM? +

    Ahli atau peminjam dipanggil SAHABAT.

  • 6. Sebagai Sahabat AIM, apakah kewajipan setiap minggu? +

    Setelah diterima menjadi ahli, semua sahabat AIM wajib hadir ke mesyuarat pusat setiap minggu, membayar balik setiap minggu, membuat simpanan wajib setiap minggu dan melaksanakan projek dengan sempurna.

  • 7. Kenapa saya perlu ikuti kursus selama 5 hari dan di mana kursus dilaksanakan? +

    Kursus ini memberi penerangan tentang syarat-syarat, peraturan dan kewajipan sebagai ahli AIM. Penerangan yang diberikan bertujuan memberi kefahaman tentang AIM dan mendapatkan persetujuan sahabat berkaitan syarat-syarat dan peraturan ditetapkan. Kursus ini boleh dilaksanakan di mana-mana tempat yang dipersetujui ahli kumpulan dan kebiasaannya di kawasan penempatan ahli kumpulan sendiri.

  • 8. Apakah jenis dan jumlah pinjaman yang ditawarkan oleh AIM? +

    AIM menawarkan pembiayaan berikut :

    Pembiayaan Ekonomi :
    I-Mesra : Sehingga RM 19,900
    I-Srikandi : RM 6,000 - RM 19,900
    I-Wibawa : RM 5,000
    I-Penyayang : RM 1,000 - RM 5,000
    I-Wawasan : RM 20,000 

    Pembiayaan Pendidikan :
    I-Bistari : Sehingga RM 5,000

    Pembiayaan Pelbagai :
    I-Sejahtera : RM 2,000 - RM 10,000

  • 9. Adakah AIM mengenakan bayaran untuk yuran keahlian? +

    AIM tidak mengenakan sebarang bayaran yuran keahlian.

  • 10. Apakah projek-projek yang boleh dilaksanakan dengan modal AIM? +

    Semua projek ekonomi yang boleh menjana pendapatan kepada keluarga.

  • 11. Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon pembiayaan AIM? +

    Hanya perlu menyediakan kad pengenalan. Bagi isi rumah yang tinggal di pedalaman Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan Surat Pendaftaran Kelahiran atau Akuan Bersumpah daripada Pesuruhjaya Sumpah. Semua sahabat perlu membuka akaun bank yang akan diberitahu oleh Pegawai AIM.

  • 12. Apakah saya perlu menyediakan kertas kerja untuk memohon pembiayaan? +

    Tidak perlu menyediakan kertas kerja lengkap. Peminjam hanya perlu menyediakan cadangan projek berserta pecahan modal untuk projek yang dicadangkan.

  • 1
  • 2

Carian Laman

Maklumat & Informasi

Logo baru AIM:

Soalan tidak terjawab?

Hubungi Talian Khidmat Pelanggan 1-300 888 246 atau lawati laman web www.aim.gov.my untuk mengetahui alamat pejabat AIM di seluruh negara.

1300 888 246 Laman Web