Tabung Kebajikan & Kesejahteraan Sahabat

Pengenalan

Tabung Kebajikan & Kesejahteraan Sahabat (TKKS) ditubuhkan pada Julai 2006 berdasarkan hasrat Sahabat-sahabat AIM melalui usul-usul dalam Mesyuarat Lembaga Perwakilan Sahabat. Penubuhan TKKS ini juga selari dengan tuntutan agama, nilai kemasyarakatan dan prinsip ikrar Sahabat AIM iaitu membantu ahli kumpulan dan pusat parabola mereka dalam kesesakan.

Objektif

  • Meningkatkan semangat kerjasama di kalangan Sahabat;
  • Mengurangkan beban Sahabat dan waris apabila menghadapi musibah;
  • Mengurangkan masalah projek Sahabat yang tergendala akibat musibah;
  • Meningkatkan tahap kebajikan Sahabat.

Skim/ Manfaat

Kadar Manfaat (RM)

Khairat Kematian

 
    • Ahli/ Sahabat
    • RM500
    • Suami
    • RM500
    • Anak dalam tanggungan umur di bawah 18 tahun (Bagi anak yang masih belajar sehingga 25 tahun dan anak kurang upaya umur tidak dihadkan)
    • RM250

Masuk Wad
Melibatkan kes kemalangan dan semua jenis penyakit kecuali bersalin atau yang berkaitan dengan kehamilan. (Sahabat dan suami sahaja – minimum 2 hari dan maksimum 20 hari dalam setahun)

RM50 sehari

Sumbangan Kod Rawatan Penyakit Kronik sahaja
(Sahabat dan suami – perlu ada pengesahan doktor bertauliah)

Maksimum RM500 seumur hidup

Kemusnahan rumah sendiri disebabkan kebakaran tidak sengaja dan bencana alam. Tuntutan terhad 1 kali setahun (banjir, ribut dan lain-lain)

Rumah Biasa
(Daratan)

Rumah Air/ Setinggan/ Panjang

    • Musnah keseluruhan

RM10,000

RM4,000

    • Musnah sebahagian termasuk kerosakan-kerosakan kecil (bergantung nilai kerosakan asas rumah sahaja tidak termasuk peralatan di dalam rumah)
    • Lebih RM15,000
    • RM8,000 – RM14,999
    • RM4,000 – RM7,999
    • RM2,000 – RM3,999
    • RM1,000 – RM1,999
    • RM500 – RM999
    • Bawah RM300

 

 

 

RM5,000
RM4,000
RM2,000
RM1,000
RM500
RM250
Tiada

 

 

 

RM3,000
RM2,000
RM1,000
RM500
RM250
RM150
Tiada

    • Kemusnahan rumah sewa/ tumpangan dan terpaksa berpindah

RM2,000

    • Bagi kes bencana alam dan kebakaran yang besar melibatkan satu kawasan kariah yang sama dengan serentak melibatkan lebih 5 buah rumah
    • Musnah Keseluruhan = RM2,000
    • Nilai Kerosakan > RM10,000 = RM1,000
    • Kerosakan RM5,000 – RM9,999 = RM500
    • Kerosakan RM501 – RM4,999 = RM250
    • Bawah RM500 = Tiada
    • Bencana Besar

Kemusnahan/ kerugian rumah atau produk disebabkan bencana alam dalam satu kawasan/ tempat yang melibatkan lebih 5 orang penduduk (termasuk Sahabat dan bukan Sahabat)

RM200 (sumbangan terhad sekali dalam setahun)

    • Kemusnahan Projek

Kemusnahan projek yang melibatkan kurang daripada 5 orang Sahabat yang berlaku dalam satu kawasan/ tempat

20% daripada pembiayaan atau baki pembiayaan, yang mana terendah
Minimum RM200 dan maksimum RM4,000

    • Sumbangan Menunaikan Ibadah Haji

RM300 sekali seumur hidup

    • Sumbangan Anak ke IPTA/IPTS (di bawah tanggungan)

RM100

Sebarang permohonan boleh dibuat dengan  memuat turun borang Permohonan TKKS...
Juga sila rujuk terma dan syarat permohonan berikut.