AIM

 

   

Tarikh     : 25 – 27 Ogos 2016

Tempat   : Glory Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.

     

        Mesyuarat Agung Tritahunan Kesatuan Pekerja-pekerja Amanah Ikhtiar Malaysia Semenanjung Malaysia (KEPAIM) kali ke-8 telah berlangsung pada 25 Ogos 2016 hingga 27 Ogos 2016. Majlis tersebut telah dihadiri oleh 231 Ahli KEPAIM dari seluruh Semenanjung Malaysia. Mesyuarat Agung yang diadakan 3 tahun sekali ini merupakan medium bagi ahli-ahli bertemu dengan kepimpinan KEPAIM selain memberikan cadangan-cadangan penambahbaikan untuk organisasi KEPAIM sendiri dan juga penambahbaikan dalam pekerjaan.

 

            Mesyuarat Agung tersebut bermula pada pukul 08.00 malam pada 25 Ogos 2016 dengan membentangan cadangan Perjanjian Bersama 2017/2019 oleh Setiausaha Agung. Ahli-ahli yang hadir telah memberikan pandangan dan cadangan dalam penambahbaikan Perjanjian Bersama 2017/2019. Pada 26 Ogos 2016 (Jumaat) bermula jam 08.30 pagi, pembentangan usul-usul berkaitan Faedah Pampasan Bencana Kerja telah diadakan. Pegawai PERKESO Seremban, En. Md Fauzi Minhat telah hadir sebagai fasilitator dan membentangkan kertas kerja berkaitan Manfaat PERKESO.

 

 Pembentangan Usul Pindaan Peraturan KEPAIM telah diadakan pada jam 10.30 pagi dan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Melaka/Negeri Sembilan diwakili oleh Cik Hajah Norlela Sulaiman dan En. Abd Mujib Mansor telah hadir bagi membentangkan kertas kerja berkaitan. Pada sebelah petang jam 2.30, usul berkaitan Perjanjian Bersama dan Proses Aduan telah diadakan. Y.A. Tuan Gulam Muhiaddeen bin Abdul Aziz, Pengerusi Mahkamah 12, Mahkamah Perusahaan Malaysia telah membentangkan kertas kerja berkaitan.

 

KEPAIM telah menganjurkan Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Agung tersebut. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Pengarah Perhubungan Korporat dan Kesejahteraan, En. Yaacob bin Omar yang mewakili Dato’ Dr. Zubir bin Harun, Pengerusi Eksekutif AIM yang tidak dapat hadir atas urusan yang tidak dapat dielakkan. Jemputan yang telah hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Operasi Zon Selatan, Pn. Rozita Muhamad, Pengurus Wilayah Negeri Sembilan/Melaka, En.  Pakhruddin Hamzah, Pengurus Wilayah Johor Utara, En. Remy Shahar Yahya, Pengurus Koperasi AIM Berhad, Pn. Julilah Kassim, Pengurus Cawangan Rembau Pn. Arbaiyah Mohd Fauzi dan Pengurus Cawangan Senawang, Pn. Haryati Manap@Mohamed.

 Pada Majlis Makan Malam tersebut turut diadakan tayangan multimedia dan deklamasi puisi bagi memperingati ahli-ahli KEPAIM dan kakitangan AIM yang telah meninggal dunia. Persembahan #dalam kenangan merupakan tribute KEPAIM kepada mereka yang telah menyumbang bakti dalam kejayaan dan kelangsungan AIM.

 

 Mesyuarat Agung KEPAIM telah disambung pada 27 Ogos 2016 dengan Ucapan Dasar Presiden seterusnya pembentangan kewangan, aktiviti dan bajet. Pemilihan Pegawai KEPAIM sesi 2016/2019 juga telah diadakan. Secara keseluruhannya program tersebut telah berlangsung dengan jayanya dan KEPAIM amat berterima kasih kepada Pengurusan AIM, pihak yang telah memberikan sumbangan serta ahli-ahli yang telah hadir dan menjayakan program tersebut.

 

Disediakan oleh: Fakururrazi Idris