Jawatan Kosong

Jawatan Kosong

AMANAH IKHTIAR MALAYSIA, sebuah badan Amanah Persendirian di bawah Akta Amanah (Pemerbadanan) 1952 (pindaan 1981) (Akta 258) bertujuan mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui Skim Pembiayaan Ikhtiar mempelawa calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :

1. Nama Jawatan : Pengaturcara Komputer

Gaji Dan Elaun : RM 2,596.00

Kelayakan :

 Mempunyai Diploma Sains Komputer ;

 Pengalaman Kerja sekurang-kurangnya 2 tahun ;

 Kemahiran Pengaturcaraan Komputer : Visual basic 6 dan VB.net, ASP.net, html,

dhtml, java script, CSS, jquery dan PHP ;

 Mahir menggunakan code editor netbean.

 Kemahiran pengurusan dan manipulasi pangkalan data ;

 Microsoft Access, Excel dan MS SQL server 2012 ;

 Kemahiran penyediaan laporan – Crystal Report ;

 Keperluan penggunaan perisian multimedia – Adobe Photoshop ;

 Berpengetahuan dalam pengendalian Window Server ;

 Berumur tidak melebihi 30 tahun ;

 Mempunyai perwatakan dan sahsiah diri yang baik ;

 Boleh bekerja lebih masa, bekerja berseorangan dan berkumpulan ;
 


2. Nama Jawatan : Pembantu Amanah Tadbir (Dalaman)

Gaji Dan Elaun : RM 1,582.00

Kelayakan :

 Memiliki SPM dengan 5 kredit termasuk kredit Bahasa Melayu dan lulus Matematik ;

 Calon yang mempunyai STPM dan Diploma digalakkan memohon ;

 Mahir menggunakan komputer terutama Microsoft Excel, Microsoft Word dan

Microsoft Power Point adalah satu keutamaan ;

 Berumur 20- 27 tahun dan belum berkahwin ;

 Mempunyai perwatakan dan sahsiah diri yang baik ;

 Boleh bekerja lebih masa, bekerja berseorangan dan berkumpulan ;

 Boleh berkomunikasi dengan baik ;


Calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan ke alamat di bawah bersama-sama dengan resume, salinan sijil akademik, salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran dan sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) dan sampul (Pos Ekspres) beralamat sendiri. Permohonan hendaklah sampai sebelum atau pada 27 Oktober 2015. 

Sila tuliskan nama jawatan pada penjuru kanan sampul surat.

PENGURUS KANAN
PENGURUSAN BAKAT DAN PEMBANGUNAN ORGANISASI
Ibu Pejabat, Amanah Ikhtiar Malaysia
Menara Amanah Ikhtiar
No. 3, Jalan Cempaka SD12/1A
Bandar Sri Damansara PJU9
Tel: 03-6274 8810 Faks: 03-6274 8863
52200 Kuala Lumpur

(Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga)