Jawatan Kosong Julai 2016

Jawatan Kosong Julai 2016

 

AMANAH IKHTIAR MALAYSIA, sebuah badan Amanah Persendirian di bawah Akta Amanah (Pemerbadanan) 1952 (pindaan 1981) (Akta 258) bertujuan mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui Skim Pembiayaan Ikhtiar mempelawa calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :

 

1.         Nama Jawatan           :  PENGAWAL KESELAMATAN 

                   Gred F4        :  Pembantu Am

        Gaji dan Elaun        :  RM 1,621.00 

     

     Skop Kerja

      Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tugas mengenai keselamatan dan perlindungan di Ibu pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia.

 

Kelayakan

 

·             Mempunyai Sijil PMR atau setarafnya;

·             Warganegara Malaysia ;

·             Mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan ;

·             Lelaki berumur 30 - 40 tahun ;

·             Sihat tubuh badan dan kemas ;

·             Bebas daripada penagihan dadah, alkohol dan tiada rekod jenayah ;

·             Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia ;

·             Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris adalah satu kelebihan ;

·             Bekas Polis/Angkatan Tentera adalah diutamakan  ;

 

Calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan ke alamat di bawah bersama-sama dengan Surat Permohonan atau Resume, Salinan Sijil Akademik, Salinan Kad Pengenalan, Salinan Sijil Kelahiran, Salinan Lesen Memandu Dan Sekeping Gambar Berukuran Pasport (tidak dikembalikan). Permohonan hendaklah sampai sebelum atau 31 Julai 2016.  Sila tuliskan nama jawatan pada penjuru kanan sampul surat.

 

PENGURUS KANAN

PENGURUSAN BAKAT DAN PEMBANGUNAN ORGANISASI

Ibu Pejabat, Amanah Ikhtiar Malaysia

Menara Amanah Ikhtiar

No. 3, Jalan Cempaka SD12/1A

Bandar Sri Damansara PJU9

52200 Kuala Lumpur

Tel: 03-6274 8810      Faks: 03-6274 8863

 

(Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga)